Tips atasi Marah dan Panas Baran





                           






1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di 
     antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka 
     hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan                  kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)


2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. 

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. 

7. Berfikiran positif. 

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan 

 daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas. 

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

No comments:

Post a Comment