Kerana Aku Seorang wanita





kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlekehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai
aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...
kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai..



credit tu lara perindu manja(^_^)

Andai ini ramadhan yang terakhir...

Tulisan ini bukan nukilan saya sendiri tetapi karya indah yang sy terbaca di ruangan myopera....kata-kata yg amat mnyentuh hati sy dan sy ingin kongsi brsma pmbca blog sy...







 andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN...

LUAHAN RASA...(^_^)

Diam tidak bermakna lemah..
malu tidak bermakna sombong..
menangis juga tidak bermakna sedih.
senyum tidak bermakna gembira..
tersungkur tidak bermakna kita jatuh..

Kadang-kadang juga senyuman yg terpamer
menunjukkan yg kita gembira..
tetapi sebenarnya melakar sejuta
lukisan hati yg tersembunyi penuh makna.
tersungkur bermakna HAMPIR jatuh..

tetapi tidak bermakna kita akan jatuh...
Hidup, tidak selalunya sama mcm yg kita impikan..
tidak pernah serupa seperti angan-angan..
tetapi tidak jauh berbeza dari lakaran kehidupan 
yg di rancang...

pimpinlah tgnku wahai ibu...biarlah ak merasa ckup akn ksih sygmu...
*gmbr sekadar hiasan...


~UJIAN HIDUP~

Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Tuhan.InsyaALLAH kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini.Percayalah Allah mendidik kita melalui kesusahan,kesenangan,pujian mahupun cercaan.

Ujian begitu berat..YaALLAH sabarkanlah diri ini.Apabila bertemu kesusahan,Allah mendidik kita tentang sabar.Apabila kesenangan bertamu,Allah mengajar kita erti kesyukuran.Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir-takdir Allah.Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji.Kebaikan dan keburukan hanya pada penilaian insan,tetapi disisi Allah,apa yang ditakdirkan-Nya pasti suatu kebaikan.

Carilah kebaikan itu.Janganlah mengeluh,apabila anda tidak berjaya seperti insan-insan lain.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu..:) Sabar lah duhai hatiku.Jika kita terus mengeluh,kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu.Kita tidak akan meningkat lebih tinggi.Terimalah dengan pasrah,tetapi jangan sesekali mengalah.Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!

Jangan memberontak,asyik mempersoalkan mengapa? dan kenapa,justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti.Bukankah takdir akan senantiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir..

Sebaik-baik jalan,terimalah seadanya.Ya,itu telah berlaku,ya itulah keadaanya...Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun kita tetap hamba Allah..Jangan cuba jadi "Tuhan" walaupun pada kehidupan anda sendiri...

Teka teki yang xleh blahhhh...ngeh3...

anda brani,sila jwb...hahahaha....


1. Burung apakah berbadan kecik tapi berkepala besor?
Jawapan:???

2. Dalam banyak-banyak telur, telur apa yang paling mahal?
Jawapan: ????

3. Dalam banyak-banyak minyak, minyak apa yang paling wangi?
Jawapan: ????

4. Amy Search menyanyi dalam kumpulan mana?
Jawapan: ????

5. Kereta apa yang paling laju didunia?
Jawapan: ?????

6. Makanan apa yang tidak kenyang bila dimakan?
Jawapan: ????

7. Kenapa kucing mempunyai bulu?
Jawapan: ???

8. Kapal apakah yang mempunyai mata?
Jawapan: ????

9. Kereta kencil mempunyai berapa tayar?
Jawapan:?????

10. Dalam banyak-banyak rumah kat Malaysia, rumah apa yang paling sedikit didiami?
Jawapan: ????

GembiraKAN hAti SEndiRI SebelUM gemBIRakan HATi oranG Len....

         "BILA KAU SENYUM,KU GEMBIRA....BILA KAU SEDIH KU MENANGIS.."
          saya mau gembira n semoga org yg disamping saya pn gembira dengan kehadiran saya..
                                          saya mau gmbrakn hti mereka...i love my sis..


Bila kta sdih org len pn sdih n bla kta happy org len pn akn happy..cubit peha kanan peha kri yg terasa...mksud nya dsini klu nk gmbrakn org len kta sndri prlu gmbrakn hti kta dulu...btol x????...kdg2 kta silap hti sndri merana tp hti org len kta jga,wlpn niat kta utk jga n gmbrkan hti org len tp ape prsaan kta bla hti sndiri yg xgmbra or sdih? ini slau trjadi pd ak,tp ak xkisah...yg pasti org yg di sekeliling ak happy..


Tips utk gmbrakan hti =>


1. Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara-perkara yang diminati dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut. (kalo aku suka baca blog org, cari tip2 yg bole di ikuti, ape2 la yg menarik minat kan..)

 2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda. (yeahh.. btl2.. cari kawan2 yg sehati sejiwa ngan kita)

  3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira. (ye btul tu ...kita kne nilai diri kita sblm menilai org lain... make our heart feel happy.. x baik tau fitnah org .. dose!!!)

  4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan. (tlg menolong juga merupakan 1 ibadah...)

  5. Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya. (yezzaaa)

  6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua. (my lovely family)

  7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan. (bersama kawan2 yg membahagiakan )

  8. Meraikan kawan-kawan samada datang ke rumah atau berjumpa di luar.

  9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain. (kurang2kan sifat pemarah ye )

  10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya. (cthnye mcm aku ni ... terbit hobi mengedit gambar, mengambil gambar,)

  11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri. (yess... gelak2 aje la ... layankan )

  12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik. (i try to be a lovely friend)

  13. Melakukan hobi seperti, mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya. (sy suka btl menyanyi n mendengar muzik)

14. Selalu join kawan2. jgn suka bersendirian ok...

15. Sentiasa tersenyum...bahagiakan diri kamu.. wpun apa jua dugaan yang datang ... hidup hanya sementara..
~Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya SENYUM yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.~


pada pndpat saya,senyum bkn shj mmbuat hari2 yg glap mnjd cerah..tp senyum adalah satu sedekah yg pling snang kta lakukan,yg pnting kta snyum dgn ikhlas...jgn senyum krna trpaksa,krna ianya adalah palsu semata-mata,dengan senyu kta blh buat org len gmbira,dgn snyum kta blh mngurangkan tkanan yg kta sdri hhadapinya,snyum lah selagi kta blh brnafas ddunia ini dan snyum blh mmbntu kta dripada org len nampak kesedihan yg ada pada dri kta...JOM SENYUMMM...




Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Bila Saya Akan Berubah...:((


Berubah.

"adakah kita perlu berubah? Nape?"

Rasanya soalan ini hanya sekadar persoalan biasa, yang selalu didengari. Berubah? Mengapa? Dan saya memilih untuk menjawab,

"Berubahlah kalau itu ke arah yang lagi baik. Kenapa perlu mengambil masa untuk berubah ke arah yang kita sedia maklum adalah baik."


"Agak-agaknya kita kena berubah secara drastik atau one by one?" 

Kalau saya diberi pilihan untuk berubah, saya jelas akan memilih secara one by one. Kerana bagi saya, bila kita memilih untuk berubah secara berperingkat, itu lagi bermakna. 

Sudah tentu kita akan meletakkan matlamat dahulu mengapa kita ingin berubah. Lepas tu, tentu kita akan cuba mencari dan mencari akan hakikat kenapa kita perlu berubah. Dan insyaAllah, ia lebih bertahan lama. 

Tapi, saya tidak menolak terus untuk perubahan secara drastik. Mungkin itu lagi baik dan dituntut. Contohnya, mungkin dari segi menutup aurat. Mana boleh kita menahan diri untuk menutup aurat sehingga 'tiba waktunya' sedangkan kita tahu menutup aurat adalah wajib! 

"Erk, tak mahu hipokrit. Tunggulah bila dapat hidayah." Wah. Hipokrit. 

Benar, ikhlas perlu ada. Tapi apakah tahap hipokrit itu lagi tinggi tahapnya berbanding tuntutan yang jelas kita ketahui itu adalah wajib? Agak-agaknya la kan, kalau esok lusa ajal datang, apakah hipokrit tu mampu untuk menahan ajal itu? 

Aku ingin berubah. 

Saya salah seorang hamba Allah yang tercipta di muka bumi ini. Saya bukan siapa-siapa, i'm nobody. But i want to be somebody in front of HIM. Saya ingin jadi seseorang yang sentiasa dalam jagaan Dia, seseorang yang sentiasa dicintai olehNya.

Tapi saya sedar, diri masih jauh lagi untuk layak dicintai Dia. Teringin untuk terus berubah. Berubah ke arah yang lagi baik, berubah ke arah yang jelas diredhai Allah.

Kadang-kadang melihat mereka yang jauh lagi baik, terasa kerdilnya diri. Subhanallah, qudwah mereka mampu membuatkan saya tertunduk malu. Dari tutur bicaranya, dari segi perlakuannya, pemakaiannya, dengan akhlaknya, jelas menggambarkan akhlak islamiah. Dan saya? Masih di situ.

"Sampai bila harus aku berada di takuk lama?"
"Sampai bila aku dengan perangai lama yang bukan-bukan?"
"Sampai bila?!"
 Bukannya diri tahu bilakah tiba saatnya. Dan andai diri pergi dalam keadaan di tahap masih biasa-biasa, alangkah rugi....

Bila Saya Sedih....

Bila saya sedih saya nangis,bila saya sedih saya termenung,bila saya sedih saya istigfar byk2...bila saya sedih saya tdo...hehehe....lumrah perempuan bila sedih mesti nangis,sape stuju angkat tgn mcm sayer~~~..hehehe



saya malas sedih2..nti saya nangis,pastu mata saya bengkak,pastu saya xkuar umh,pastu saya...byk pastu plak...tp yg pasti bila kta sedih air mata xpernah malu utk kluar,org kata menagis ni bdk mnja,ini bkn mnja, dh mmg mcm ni nk wk cmne..huhuhu...ade seseorg tu kate kt saya jgn menangis sllu,sbb bkn sume org ska tg kta nangis sllu...adoiii,air mata yg nk kluar mcm mn nk sekat...huk3...

kalau kta nangis msti ade sebab..yg pasti ianya "masalah". punca2nya adalah sprti brkt...


Hormon- hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
Manipulasi- Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas- Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan- Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori- Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang palingkompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.
sekian...

Saya kecewa dengan awak....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Salam awak..
Awak, semalam saya mimpi pasal awak.
Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu. Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..
Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu~

Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak. Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang 'takleh blah' kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak.

Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu. huhu.

Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak nampak kekok antara awak & abang awak mesra.

Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni..

''Janganlah abang..ayang segan la..nanti-nanti la..''

Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli. Saya kecewa dengan awak.

Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la.

Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak.

Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak.

Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak.

Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye.

Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak.

K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D

Salam tulus ingatan,
Saya Hamba Allah.
p/s: sma2 kta mnjaga kehormatan kta sbg seorg wanita...baik dmata manusia n dmata Allah swt

Ohhhh kawanku,temanku & sahabatku...saya Sayaang kamu....

sahabat....
teman...
kawan....
sayangilah mereka...

sahabat itu anugerah..
anugerah yang tak ternilai harganya..
rugi kalau tak dijaga..
kerana penggantinya tak akan ada yang sama..
tak akan ada duanya...

teman suka, teman duka...
teman menangis, teman ketawa...
takkan pernah membiarkanmu bersendirian...
sentiasa menghulur tangan..
selalu menawar bantuan..
senyum diwajahmu mereka yang ukir..
tawa dibibirmu mereka yang lukis...
butir airmatamu mereka yang hapus....

kata orang..
banyak kawan waktu senang saja..
sukar berjumpa yang rela susah bersama..
tak kurang yang ambil kesempatan semata...
tapi semua itu jangan terlalu dikira..
tiap orang punya sifat berbeza..
tiap orang punya peribadi uniknya..
mau atau tidak harus kita terima..
terima dengan ikhlas dan hati terbuka...
walau rambut sama kerintingnya...
hati yang serupa takkan berjumpa..


kenangan bersama sentiasa dhati...luv u all ...
(ja, lin, farah, shida,yana  n azie)


mysayangness....asal kuar mesti dengan mereka @pun salah sorang dari mereka..hehe

kuatkan hati kuatkan iman

“Sesungguhnya besarnya pahala setimpal dengan besarnya cobaan. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai kaum, Allah uji dengan cobaan. Barang siapa ridha, maka baginya keridhaan Allah. Barang siapa yang marah, maka baginya kemarahan Allah.” (Riwayat Ibnu Majah)


disaat aku di uji,hanya padaMU ak memohon ya Allah...aku redha dengan ketentuan yang kau berikan,seringkali aku terpikir,kenapa ak diuji sebegini rupa,yang pasti hanya Allah s.w.t yang maha mngetahui apa yang terjadi...aku bersyukur ya Allah,setiap kali aku kesusahan dan memerlukan seorang yang dapat memahamiku...dan dikala itu muncul teman-temanku yang aku sayangi,kakak-kakak yang ak kasihi...mereka penguatku...terima kasih ya Allah,aku tau jika aku di uji ia bermaksud Allah masih menyayangi ku...aku terima segala ujian dengan redha ya Allah...









~~Sesekali di uji~~

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa